Tuesday, February 28, 2012

Sighhhh......

Hujan kat luar sangat2 lebat
selebat air mata yang jatuh kat pipi ni.

Ya Allah..
Kau berikanlah kekuatan pada diri aku ini
untuk melalui semua dugaan yang semakin mencabar.

Wednesday, February 22, 2012

Pembantu rumah punya hal..

Bila sebut je pasal pembantu rumah, pasti akan terlintas dalam fikiran betapa ringan beban yang ditanggung dengan adanya mereka.
Sama macam orang lain, me pun selalu beranggapan begitu.
2 kali pengalaman menggajikan pembantu rumah.
Sorang pembantu dari seberang.
Dan yang terbaru, orang tempatan.

Memang tak dinafikan pembantu rumah dari seberang yang bekerja dengan me tu, sangat2 rajin mengemas dan cekap menguruskan rumah juga menguruskan si bujang kenit me tu.
Tapi nak dijadikan cerita, dia terpaksa balik ke kampung halaman dengan alasan family minta dia kahwin.
Mula2 macam agak frust la sebab dia cakap nak balik pun agak last minit.
Kelam kabut la me nak mencari org nak jaga si bujang kenit me tu.
2 hari gak la terpaksa heret si kenit tu ke office.

Baru2 ni pula, my friend kat ofis tu mengadu masalah pasal nak cari babysitter untuk anak dia yang baru berusia setahun setengah.
Anak dia memang tak nak dengan orang lain langsung.
Tapi since my friend ni terpaksa berpindah and jauh dari kawasan rumah lama dia, kena lah cari tempat/orang baru untuk jaga anak dia tu kan.
So, dia pun meng offer la babysitter yang dia hantar anak dia dulu untuk kerja dengan dia means di rumah dia..
Tapi timbul pula satu lagi masalah bila hubby dia tak setuju nak bagi that girl tinggal sekali dengan dia orang.
So, me yang memang baik hati ni (chewwah)pun meng offer la untuk bagi that girl tinggal di rumah me dengan kata lain sambil kerja dengan me sekali.
Siang dia akan jaga anak my friend tu kat rumah me sebab me still hantar lagi anak me ke nursery.
Bukan apa, pengalaman dengan maid lama aritu betul2 buat me fikir banyak kali.
Paling lewat, pukul 6 petang, me minta dia ambil anak me dari nursery yang memang tak jauh pun dari rumah.
Kerja rumah pun tak banyak since me tak minta dia masak for us pun.
Kalau me balik dari office awal, me sendiri yang akan masak untuk makan malam.
Me pula memang tak pandai nak masak sikit2, so, masak malam tu merangkap masak untuk siang esoknya for her sekali.

Dipendekkan cerita, minah ni malas la pula..
Mentang2 la dia tengok me ni jenis memang suka menguruskan kerja rumah sendiri, doesn't mean dia boleh duduk2 goyang kaki kan.
Balik je dari office, me akan terus ke kitchen untuk masak.
dia lak boleh dengan senang lenangnya duduk bergoyang kaki depan tv.
Yang paling worse tu, anak me pun dia tak tengok2 kan.
Bayangkan lah me yang berkelam kabut nak masak, kena melayan kehendak si kenit tu lagi.
Dah la tu..
Kain baju me yg me cuci sendiri pun tak reti pulak dia nak tolong sidaikan.
Kadang dari malam sampai ke malam la baju tu duk dalam washing machine.
Beranginn...
At last me buat keputusan untuk mengadu pada kawan me tu and i cakap i tak perlukan dia kat rumah i.
So, kawan me pun berbincang la semula dengan hubby nya yang lepas tu agreed nak ambil that girl tinggal dengan they all..
Lega rasanye bila dia dah buat decision macam tu.
Bukan apa..
Me fikir, buat apa nak menggajikan or nak bayar orang yang memang tak nak buat kerja kan.
Dah la nak bayar nursery, nak bayar dia lagi.
Setakat rumah me yang kecil tu pun dia tak boleh nak tolong kemas, macam mana me nak bagi muka..
Apa2 pun, me bersyukur sebab me dah tak perlu nak sakit2 hati lagi tiap kali balik rumah.
Biarlah me penat sikit dari balik penat2, and tambah sakit hati.

Hmmm...
semalam ada cakap teringin nak masak pajeri nenas.
Tapi tiba2 bila sampai je shop nak beli nenas, selera me bertukar.
Takajadi masak pajeri, me masak mee goreng je.
Agak lama tak masak mee goreng sendiri.
Sebab agak lama tu la rasa dia ada lari sikit and colour dia agak berbeza dari biasa sebab me tertuang kicap pekat agak banyak.

Ni la rupa mee goreng me yang agak gelap tu. Huhuhu



**Pssst** Masih duk fikir2 menu for tonite..

Tuesday, February 21, 2012

Terlebih Rajin...

Lately ni sangat2 rajin n selalu je ada mood nak masak.
Balik je from ofis, mesti terus menuju ke kitchen n start masak tanpa sempat nak tukar baju pun.

Semalam teringin sangat nak makan kari ayam.
Agak lama tak masak kari ayam ni since macam selalu sangat dah makan kari time lunch kat mamak nearby my office kan.
Sampai je rumah, terus ke kitchen as usual.
Then baru perasan tak ada potato and santan.
Tapi sebab nak sangat makan kari ayam, i masak la juga kannn..

So, ni ni la pic kari ayam in d making.
Yang dah siap dihidang tak sempat nak snap pic.
Kembang kempis jap hidung bila pembantu me puji n cakap kari ayam i sedap.
*ngeee*



Lepas makan, tiba2 datang lak mood rajin nak buat kuih gunting.
Me tak pernah buat actually.
Tapi lepas terbaca dalam satu blog ni, tiba2 teringin nak buat.

Ni la pic kuih gunting yang belum siap tu.
Half way je buat.
Lepas tu si kenit dah ajak tidur lak.




Sebut pasal si kenit, semalam terperasan lips dia luka.
Bila tanya dia cakap kawan dia buat.
So, today me terus call babysitter and they said sorry sebab lupa nak bagitau.
Yesterday dia berlaga dengan kawan dia masa sibuk duk main sama2..


**Pssst** Today teringin lak nak masak pajeri nenas. Hopefully, sempat singgah kedai beli nenas.

Monday, February 20, 2012

Happy Birthday to me.

Yesterday was my 29th Birthday..
Tiba2 dis year rasa macam nervous je bila tgk number kat age tu..
Dis year me decided tak nak celebrate or buat apa2 celebration pun.
Mana tau tiba2 ada pula kwn2 yang buat ala2 suprised small party pula.
Sampai 2 kali dis year kena blow candle.
Apa2 pun, thanks la pada those yang wish and celebrate my birthday.


Dis one masa celebrate on Friday. Awal 1 day since kawan yang konon2 buat supprised tu kena outstaion the next day nye..





Dis one memang betul2 suprised. Tengah duduk2 sembang tiba2 je all the staff dekat Mandarin Oriental tempat i hung out wif all my frens tu datang brought dis cake. Hahaha... The cake so sedapp..



Apa2 pun i just wish dis year, life getting better for me and may Allah bless me and my son Mika. Semoga sentiasa di bawah lindunganNya.


**Pssst** Next year nak masuk 3 series weii.. Lagi la mak nervous.. Huhu

Friday, February 17, 2012

Curi tulang time...

Since me agak busy and dah berjanji nak selalu melawat rumah ni..
So, untuk tidak menghampakan diri sendiri...
Maka dengan ini ... Chewwwwah...
i pun dengan rajinnya mencuri sikit masa mengupload pic me and my sweet pie yg dah semakin bujang tu....


Sweetnya we both kan.. *ngeeee*





Dalam toilet pun boleh posing2....





Dalam toilet lagi... hehehe





Ni masa dalam bas, otw balik from jb.. Si kenit ni suka sgt naik bas. So, now balik jb, we both naik bas je.





Serius time....





si kenit ni now memang pandai sangat bergaya n pantang jumpa camera...




Nak ikut kan banyak sangat2 pic we all berdua ni.. Tak larat dah nak mengupload.. Tambah lak now dekat office.. Saje curi masa jap..

Ok.. Now masa untuk sambung kerja.. Cukup mencuri tulang.. :p

Wednesday, February 15, 2012

Uhuk Uhuk.....

Salam...
Fuhhhhh.....
Banyaknya habuk kat sini..
Punyalah lama tak balik langsung ke sini.
Bila buka balik, rasa nak menangis je..

Kesibukan kerja..
Kesibukan ke sana kesinun..
Kesibukan berpenat lelah meneruskan hidup as single mom..
Di tambah pula dengan kehilangan my Notebook kesayangan..
And pernah satu masa tak ketemu laman ni bila cuba nak menjengah..

Terlalu banyak cerita nak dikongsi sepanjang setahun tak ke sini..
Harap, akan dapat luangkan banyak masa n lebih aktif lepas ni...

Mummy Yummy

Not easy being a single mother