Wednesday, February 22, 2012

Pembantu rumah punya hal..

Bila sebut je pasal pembantu rumah, pasti akan terlintas dalam fikiran betapa ringan beban yang ditanggung dengan adanya mereka.
Sama macam orang lain, me pun selalu beranggapan begitu.
2 kali pengalaman menggajikan pembantu rumah.
Sorang pembantu dari seberang.
Dan yang terbaru, orang tempatan.

Memang tak dinafikan pembantu rumah dari seberang yang bekerja dengan me tu, sangat2 rajin mengemas dan cekap menguruskan rumah juga menguruskan si bujang kenit me tu.
Tapi nak dijadikan cerita, dia terpaksa balik ke kampung halaman dengan alasan family minta dia kahwin.
Mula2 macam agak frust la sebab dia cakap nak balik pun agak last minit.
Kelam kabut la me nak mencari org nak jaga si bujang kenit me tu.
2 hari gak la terpaksa heret si kenit tu ke office.

Baru2 ni pula, my friend kat ofis tu mengadu masalah pasal nak cari babysitter untuk anak dia yang baru berusia setahun setengah.
Anak dia memang tak nak dengan orang lain langsung.
Tapi since my friend ni terpaksa berpindah and jauh dari kawasan rumah lama dia, kena lah cari tempat/orang baru untuk jaga anak dia tu kan.
So, dia pun meng offer la babysitter yang dia hantar anak dia dulu untuk kerja dengan dia means di rumah dia..
Tapi timbul pula satu lagi masalah bila hubby dia tak setuju nak bagi that girl tinggal sekali dengan dia orang.
So, me yang memang baik hati ni (chewwah)pun meng offer la untuk bagi that girl tinggal di rumah me dengan kata lain sambil kerja dengan me sekali.
Siang dia akan jaga anak my friend tu kat rumah me sebab me still hantar lagi anak me ke nursery.
Bukan apa, pengalaman dengan maid lama aritu betul2 buat me fikir banyak kali.
Paling lewat, pukul 6 petang, me minta dia ambil anak me dari nursery yang memang tak jauh pun dari rumah.
Kerja rumah pun tak banyak since me tak minta dia masak for us pun.
Kalau me balik dari office awal, me sendiri yang akan masak untuk makan malam.
Me pula memang tak pandai nak masak sikit2, so, masak malam tu merangkap masak untuk siang esoknya for her sekali.

Dipendekkan cerita, minah ni malas la pula..
Mentang2 la dia tengok me ni jenis memang suka menguruskan kerja rumah sendiri, doesn't mean dia boleh duduk2 goyang kaki kan.
Balik je dari office, me akan terus ke kitchen untuk masak.
dia lak boleh dengan senang lenangnya duduk bergoyang kaki depan tv.
Yang paling worse tu, anak me pun dia tak tengok2 kan.
Bayangkan lah me yang berkelam kabut nak masak, kena melayan kehendak si kenit tu lagi.
Dah la tu..
Kain baju me yg me cuci sendiri pun tak reti pulak dia nak tolong sidaikan.
Kadang dari malam sampai ke malam la baju tu duk dalam washing machine.
Beranginn...
At last me buat keputusan untuk mengadu pada kawan me tu and i cakap i tak perlukan dia kat rumah i.
So, kawan me pun berbincang la semula dengan hubby nya yang lepas tu agreed nak ambil that girl tinggal dengan they all..
Lega rasanye bila dia dah buat decision macam tu.
Bukan apa..
Me fikir, buat apa nak menggajikan or nak bayar orang yang memang tak nak buat kerja kan.
Dah la nak bayar nursery, nak bayar dia lagi.
Setakat rumah me yang kecil tu pun dia tak boleh nak tolong kemas, macam mana me nak bagi muka..
Apa2 pun, me bersyukur sebab me dah tak perlu nak sakit2 hati lagi tiap kali balik rumah.
Biarlah me penat sikit dari balik penat2, and tambah sakit hati.

Hmmm...
semalam ada cakap teringin nak masak pajeri nenas.
Tapi tiba2 bila sampai je shop nak beli nenas, selera me bertukar.
Takajadi masak pajeri, me masak mee goreng je.
Agak lama tak masak mee goreng sendiri.
Sebab agak lama tu la rasa dia ada lari sikit and colour dia agak berbeza dari biasa sebab me tertuang kicap pekat agak banyak.

Ni la rupa mee goreng me yang agak gelap tu. Huhuhu



**Pssst** Masih duk fikir2 menu for tonite..

No comments:

Post a Comment

Mummy Yummy

Not easy being a single mother