Balik dari dinner tadi, teringat pula nak singgah 7 Eleven nak beli roti.
Kesian nanti esok pagi si budak kecik sorang ni tak ada apa nak makan.
Tiap2 pagi lepas mandi, mesti dia minta makan.
So, kena la stnadby roti ni hari2 kat rumah sebab mommy dia ni sangat tak rajin prepare breakfast untuk dia ya.
hehe
Ye la.. Cik Mommy dia ni bukan la seorang yang suka makan breakfast.
Cerita pasal breakfast ni, teringat masa kecik2 dulu, tiap2 pagi mesti ada budak bawak bakul jual kuih keliling flat tempat kami tinggal dulu.
Seawal jam 7 pagi, budak ni dah start me'round2' dah..
Gigih betul budak ni tolong mak dia cari duit.
Bayangkan la, area flat yang kami tinggal tu ada 3 blok.
1 blok ada 4 tingkat.
Tiap2 pagi dia dok tutun naik 4 tingkat di setiap 3 blok ni.
Tu belum kira 2 area lagi.
Total semua, ada 9 blok kalau tak silap.
Salute gils dengan dia.
Masa zaman tu kuih2 and nasi lemak memang murah.
Dah la murah, sedap pulak tu.
Kalau kuih karipap, 20 sen je.
Saiz dia besar.
Bukan macam sekarang ni.
Dah la saiz kecik.
Mahal lak tu.
Paling murah yang Me pernah jumpa, 3 biji singgit.
Inti dia, alahaiii...
Macam ada tak de je.
Kualiti makanan sekarang pun dah makin tak sedap.
Memang dah susah nak jumpa makanan yang sedap zaman sekarang ni.
Harap Mahal je.
Sebab tu la Me prefer masak sendiri.
Tapi selalu sangat penyakit "M" tu datang.
Nak tak nak, kena gak makan kat luar.
Huhuhu
No comments:
Post a Comment